CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

KISAH LOBAK,TELUR, DAN KOPI…
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupannya. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalm periuyk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalm periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.si anak tertanya- tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirnya apa yang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Di menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di dalam mangkuk lain pula.
Lalu dia bertanya kepada si anaknya,”apa yang kau lihat nak?” “lobak, telur, dan kopi,”jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itgu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya,dia dapati sebiji telur yng sudah keras isinya. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu si anak bertanya” apa ertinya semua ini ayah?” ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan ini telah menghadapi masa kesukaran yang sama, direbus dalam air yang panas tetapi menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobal sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
“kamu termasuk golongan yng mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kewsykaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaiman harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?” tanya ayahnya.
Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang pad amulanya mempunyai hati yang keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian , keperitan ,patah hati , atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dank eras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Atau apakah kamu serbuk kopi? Yang Berjaya mengubah air panas, Sesutu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan berasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akn menjadi semakin baik dan membuat kawasan disekitarmu menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seprti itu?”
“kejujuran mencerminkan peribadi….be positif always…ceria- ceria selalu..
Begitulah perjalan hidup kita ini. Terserah kepada kita jalan yang dipilih samada baik atau buruk mengikut hati dan nafsu semata-mata.

Monday, January 5, 2009

KEHIDUPAN

Kehidupan yang sementara sememangnya banyak suka dan duka...kita sebagai hamba yang menumpang di pentas dunia ini haruslah tabah menempuh segala dugaan dan cabaran yang diberi....